AGENDA

Kerajaan fokus kepada pertumbuhan ekonomi

26 Jul 2019, 1:31 PM
Kerajaan fokus kepada pertumbuhan ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 JUL : Kerajaan optimis mengenai prospek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua tahun ini (Q2 2019), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus tahun ke tahun pada Q1 2019, dan menurutnya inflasi yang rendah dan stabil, pertumbuhan pengeluaran perindustrian, eksport yang lebih baik pada Mei, serta pengembangan jualan runcit dan borong pada Januari hingga Mei merupakan kayu ukur untuk keputusan Q2 2019 yang sihat.

“Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi dan akan pertimbangkan peningkatan bajet bagi memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat dan mencapai matlamat ekonomi kita untuk kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara itu, Bank Dunia mengunjurkan KDNK Malaysia akan berkembang 4.6 peratus pada 2019.

Guan Eng berkata Indeks Pengeluaran Industri (IPI) Malaysia melepasi persetujuan pasaran untuk tiga bulan berturut-turut apabila ia meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun pada Mei, mengatasi unjuran pasaran 3.5 peratus tahun ke tahun.

Pada Mac 2019, IPI tumbuh sebanyak 3.1 peratus tahun ke tahun dan meningkat kepada 4.0 peratus tahun ke tahun pada April.

Sementara itu, Guan Eng berkata inflasi di Malaysia pada Jun 2019 meningkat kepada 1.5 peratus tahun ke tahun berbanding 0.2 peratus pada bulan sebelumnya. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619