AGENSI

Pencemaran diesel di Sungai Selangor: Polis tahan dua lelaki

25 Jul 2019, 1:14 PM
Pencemaran diesel di Sungai Selangor: Polis tahan dua lelaki
Pencemaran diesel di Sungai Selangor: Polis tahan dua lelaki

SUBANG JAYA, 25 JUL: Polis Selangor menahan dua lelaki semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran diesel di Sungai Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua lelaki itu masing-masing merupakan pengusaha dan pekerja pontun di sungai berkenaan.

“Mereka yang berusia awal 30-an ditahan di pontun itu di Kuala Selangor dan kini direman selama empat hari sehingga 28 Julai," katanya kepada pemberita pada penutup seminar dan latihan ancaman keganasan di sini, hari ini.

Menurutnya, polis setakat ini telah merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan kes itu.

Insiden pencemaran itu mengakibatkan henti tugas empat loji rawatan air, pada 21 Julai lalu yang menjejaskan pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Noor Azam berkata, siasatan juga dijalankan dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619