PBT

MBSA anjur program "Kucing Angkat" Ahad ini

24 Jul 2019, 3:24 AM
MBSA anjur program "Kucing Angkat" Ahad ini

SHAH ALAM, 24 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menganjurkan program 'Kucing Angkat' sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, pada 4 Ogos ini mulai jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat selain menggalakkan kerjasama secara berterusan.

Katanya, ia juga sebagai landasan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

"Sebanyak 40 ekor kucing yang terlibat untuk diadopsi ini sudah ditangkap oleh MBSA di kawasan seperti pasar dan gerai, manakala sebelum diadopsi, kucing ini juga turut divaksin dan dibuat pemeriksaan kesihatan.

"Setiap kucing yang diadopsi daripada MBSA dikenakan bayaran sebanyak RM30 dan maksimum pengambilan kucing adalah sebanyak dua ekor bagi seorang pemilik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Shahrin berkata, orang ramai yang ingin memelihara kucing perlu membawa sangkar dan mereka boleh membuat pemilihan haiwan berkenaan pada hari terbabit.

"Kucing yang terbabit dalam program itu sudah dibersihkan sebelum diserahkan kepada orang ramai yang berminat untuk memelihara kucing," katanya.

Justeru, MBSA ingin menjemput orang ramai yang berminat untuk memelihara kucing supaya dapat hadir ke program pada tempat, tarikh dan masa yang dinyatakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA di talian 03-5522 2794.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619