BERITA UTAMA

Padi, perikanan jadi tumpuan mesyuarat MOA dan EXCO negeri

22 Jul 2019, 11:28 PM
Padi, perikanan jadi tumpuan mesyuarat MOA dan EXCO negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JULAI: Selaras hala tuju baharu pertanian negara, sektor padi dan perikanan menjadi antara isu utama dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama EXCO Pertanian Negeri, kali ini.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat dwi tahunan itu juga akan membincangkan isu membabitkan agropreneuer muda dan tanah.

"Esok (hari ini) adalah mesyuarat pertama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersama EXCO pertanian seluruh negara, termasuk Menteri Pertanian Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, kita juga bincang isu tanah jika ada yang membabitkan Kerajaan Negeri yang boleh kita selaraskan untuk melicinkan urus tadbir antara agensi peringkat Persekutuan dan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Kementerian Pertanian bersama EXCO Pertanian Seluruh Malaysia, di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di sini, semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Salahuddin akan dilangsungkan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam hari ini.

Selain mesyuarat, mereka yang terbabit akan dibawa meninjau fasiliti di Selangor Fruit Valley seperti ladang pertanian, penternakan dan buah-buahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619