AGENDA

MAHB selesai latihan Akta Pencerobohan menjelang 2022

22 Jul 2019, 4:21 AM
MAHB selesai latihan Akta Pencerobohan menjelang 2022

SUBANG, 22 JUL: Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan latihan Akta Pencerobohan di semua lapangan terbang tempatan dalam pengurusannya menjelang 2022, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Beliau berkata, matlamat latihan itu adalah untuk menguji dan menilai kesediaan agensi-agensi lapangan terbang dalam menangani sebarang kecemasan dan tindakan pencerobohan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) serta pelan kecemasan dan kontingensi.

"Setakat ini kami menyelesaikan latihan di lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan dan klia2, manakala tahun ini kami menyasarkan Subang dan Langkawi.

"Ini adalah inisiatif berterusan, kami akan melakukannya secara giliran setiap tahun. Dengan melaksanakan latihan itu secara giliran dengan lebih kerap, kami akhirnya akan dapat meliputi semua atau sebahagian besar lapangan terbang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Akta Pencerobohan di sini hari ini.

Raja Azmi berkata, latihan itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) serta Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports.

Ia juga melibatkan 35 agensi kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta yang lain, katanya.

MAHB kini mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia yang terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOL). - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619