AGENDA

MAHB: Penumpang disaran tiba empat jam awal di KLIA sebelum berlepas

22 Dis 2023, 10:30 AM
MAHB: Penumpang disaran tiba empat jam awal di KLIA sebelum berlepas

PUTRAJAYA, 22 DIS: Penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa pada musim puncak perjalanan dan tempoh perayaan ini disarankan supaya tiba awal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas.

Nasihat perjalanan yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memaklumkan musim cuti kebiasaannya menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penumpang dan tiba awal di lapangan terbang akan membolehkan penumpang melepasi proses pendaftaran, pemeriksaan keselamatan dan pelepasan dengan kelewatan minimum.

Menurut kenyataan itu, Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing sebanyak 79,200 orang dan 66,400 orang hingga akhir tahun.

Menurut MAHB ketika ini KLIA Terminal 1 sedang dalam proses menaik taraf sistem pengendalian bagasi iaitu sebahagian daripada program penggantian bagi meningkatkan kecekapan operasinya.

“Naik taraf ini merupakan inisiatif penting untuk mengekalkan dan menambah baik keseluruhan infrastruktur lapangan terbang dan kerja-kerja berterusan ini mungkin menyebabkan masa lebih lama diperlukan untuk urusan pemprosesan di pelbagai tempat di dalam lapangan terbang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu penumpang digalakkan untuk bekerjasama dengan petugas lapangan terbang dan syarikat penerbangan sepanjang tempoh berkenaan selain memberi lebih masa untuk menampung kelewatan yang tidak dijangka.

“Malaysia Airports amat menghargai timbang rasa dan kesabaran semua penumpang kerana kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan ini bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan cekap pada jangka masa panjang,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619