NASIONAL

Lebih 54,000 jemaah haji kini di tanah suci

16 Jul 2019, 1:54 AM
Lebih 54,000 jemaah haji kini di tanah suci

MAKKAH, 16 JULAI: Seramai 54,453 jemaah haji dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia berada di tanah suci melalui inisiatif memuktamadkan prosedur kastam dan pengeluaran visa di negara asal jemaah haji berkenaan, lapor Saudi Press Agency.

Agensi berita itu melaporkan jemaah haji berkenaan tiba antara 4 hingga 14 Julai melalui 135 penerbangan.

SPA yang memetik ketua pengarah pasport berkata, 20,261 jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah menerima 34,192 jemaah.

Ahad lalu, Bernama melaporkan sejumlah 9,363 jemaah haji Malaysia berada di sini dan di Madinah sehingga Sabtu (13 Julai).

Menurut Lembaga Tabung Haji Malaysia, sejumlah 4,653 jemaah haji berada di sini manakala 4,710 lagi berada di Madinah, 31 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia musim ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619