BERITA UTAMA

Hulu Selangor syurga aktiviti lasak, ekopelancongan

8 Jul 2019, 7:28 AM
Hulu Selangor syurga aktiviti lasak, ekopelancongan

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 8 JULAI: Hulu Selangor yang terkenal dalam kalangan penggemar aktiviti lasak dan bercirikan ekopelancongan berpotensi menarik lebih ramai pengunjung ke daerah itu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamad Hamin berkata, antara produk eko pelancongan di daerah itu adalah Air Terjun Serendah, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong, Kolam Air Panas Hulu Tamu dan Kolam Air Panas Kerling.

Manakala katanya, bagi penggemar aktiviti lasak, Hulu Selangor menawarkan aktiviti berakit di jeram di Sungai Selangor, kereta pacuan empat roda di Sungai Sendat, Kerling dan Peretak, 'paragliding di Kuala Kubu Bharu, mendaki bukit atau gunung sekitar Kuala Kubu Bharu serta Bukit Fraser.

"Nama Bukit Kutu dan Air Terjun Sungai Chiling adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum kerana dua lokasi ini adalah lokasi popular bagi pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini.

Pada masa sama, Shukri berkata, MDHS akan terus membangunkan selain memastikan produk sedia ada sentiasa diselenggara dengan baik bagi memastikan Hulu Selangor kekal menjadi destinasi riadah terkenal di Selangor.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619