PBT

MPSJ perkenal permohonan permit Kerja-Kerja Kecil Bangunan

1 Jul 2019, 7:25 AM
MPSJ perkenal permohonan permit Kerja-Kerja Kecil Bangunan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 1 JUL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan permit Kerja-Kerja Kecil Bangunan bagi kerja pengubahsuaian kecil di bangunan sekitar pentadbiran pihak berkuasa tempatan terbabit, bermula hari ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, permit berkenaan merangkumi semua kategori bangunan kediaman, komersial dan industri bertujuan mengawal pengurusan sisa binaan.

"Kerja-kerja kecil terbabit adalah penukaran kemasan lantai/dinding (tiling work), pemasangan in-situ ‘grill’ pintu/ tingkap, membina 'table top' dan kabinet dapur, memasang atau mengganti siling lepa serta mengubahsuai aksesori sanitari.

"Ia termasuk membina kolam ikan tidak melebihi kedalaman 0.5 meter, membina pergola/kolam ikan/rumah haiwan/rumah ibadat/pondok atau rumah hijau yang tidak melebihi satu meter persegi atau apa-apa kerja ubahsuai yang tidak membabitkan perubahan struktur," katanya dalam kenyataan.

Pemilik bangunan boleh memohon permit terbabit yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang MPSJ tanpa menggunakan khidmat konsultan arkitek atau jurutera.

Kadar fi permit adalah RM100 manakala cagaran sisa binaan sebanyak RM250.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619