BERITA UTAMA

LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

26 Jun 2019, 11:21 PM
LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

SHAH ALAM, 27 JUN: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti tugas sementara ekoran pencemaran bau di sumber air mentah kembali beroperasi sepenuhnya, jam 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, proses penyaluran bekalan air ke sistem agihan dan kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung bagi proses pemulihan berperingkat.

"Bantuan lori tangki air terus digerakkan dan 12 Pusat Khidmat Setempat diaktifkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya.

"Segala usaha diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sejak 5 petang semalam ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih dan punca pencemaran yang berada pada jarak 16 kilometer dari muka sauk loji dikenal pasti.

Orang ramai boleh merujuk makluman rasmi dan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619