BERITA UTAMA

Setahun kemudi Selangor, MB tekad sejahterakan negeri

20 Jun 2019, 4:12 AM
Setahun kemudi Selangor, MB tekad sejahterakan negeri
Setahun kemudi Selangor, MB tekad sejahterakan negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 JUN: Kerajaan Negeri bertekad meningkatkan pencapaian hasil serta memberdayakan rakyat Selangor menerusi Program Inisiatif Peduli Rakyat dan mensejahtera Selangor dalam suasana damai juga sentosa.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pentadbiran amat memerlukan dokongan dan sokongan padu penjawat awam, kakitangan swasta, serta kepimpinan negeri seluruh peringkat bagi menjayakan misi terbabit.

"Setahun yang lalu, saya diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16.

"Dengan penuh tekad, saya berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi Program Inisiatif Peduli Rakyat serta mensejahtera negeri dengan suasana Selangor yang damai dan sentosa," tulisnya di laman media sosial Facebook beliau.

Amirudin turut mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan terutama daripada rakyat supaya pentadbiran sentiasa mengutamakan agenda kemakmuran bersama.

Beliau juga memanjatkan doa supaya warga negeri termaju itu diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk meneruskan usaha memakmurkan negeri.

"Semoga kita kekal seiringan dalam usaha merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama," katanya.

Semalam genap setahun Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran baru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619