BERITA UTAMA

Amirudin suntik idea segar dalam pentadbiran negeri

19 Jun 2019, 7:22 AM
Amirudin suntik idea segar dalam pentadbiran negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JUN: Selepas setahun dilantik sebagai Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari disifatkan berjaya menyuntik idea segar ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, pemimpin tertinggi negeri itu memiliki gagasan yang mampu membawa Selangor untuk terus kekal sebagai peneraju atau penanda aras di negara ini.

"Jujurnya, pada saya idea yang diketengahkan beliau sentiasa segar, 'vibrant' dan mempunyai nilai empati tinggi selain sentiasa mendengar pandangan atau idea lain daripada semua pihak terutama penjawat awam di Selangor.

"Saya percaya di bawah kepemimpinan Dato’ Menteri Besar sekarang, "Selangor will be in safe hands," katanya kepada SelangorKini.

Katanya, walaupun setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan dan aspirasi berbeza, namun Amirudin dipercayai akan meneruskan kesinambungan kemajuan serta pembangunan Selangor menerusi ideanya.

Mohd Amin berkata, hal itu dapat dilihat melalui pengenalan Klusterisasi Selangor seperti Kluster Aeropolis dan Aeroangkasa, Kluster Industri Automotif dan Industri Sokongan serta Kluster Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai strategi baharu bagi merancakkan lagi ekonomi negeri.

"Amirudin juga menunjukkan keprihatinan tinggi terhadap kepentingan perumahan rakyat apabila menyuntik idea melalui Rumah Idaman Rakyat Selangor.

"Usaha beliau itu berjaya menarik minat pemaju perumahan untuk bekerjasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri bagi membina kediaman terbabit," katanya.

Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-16, pada 19 Jun 2018 menggantikan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619