NASIONAL

Kerajaan lakukan terbaik untuk pulih ekonomi

18 Jun 2019, 11:27 AM
Kerajaan lakukan terbaik untuk pulih ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Kerajaan sedang melakukan yang terbaik muntuk memulihkan ekonomi negara dan melangkah maju ke depan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, kerajaan bekerjasama rapat dengan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menangani perkara itu walaupun sedang menghadapi cabaran-cabaran ekonomi global.

“Kita sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan melonjakkan ekonomi bagi memastikan bahawa ekonomi kita masih terus berkembang walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Saya fikir cabaran ada di mana-mana...bukan sahaja di Malaysia, kita bercakap mengenai cabaran global, kita bercakap soal perdagangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri RISDA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang memetik pakar ekonomi terkemuka Dr Jomo Kwame Sundaram sebagai meminta rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menempuh masa-masa sukar dalam menghadapi masalah ekonomi sebenar akibat persekitaran luar yang sukar dikawal yang semakin memburuk setiap hari.

Jomo dilaporkan berkata cabaran-cabaran ekonomi global itu adalah di luar kawalan dan rakyat perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi masa-masa yang sukar pada masa akan datang. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619