AGENDA

Tiada aktiviti kokurikulum, pelajar digalak bawa makanan sendiri

1 Jul 2020, 10:01 AM
Tiada aktiviti kokurikulum, pelajar digalak bawa makanan sendiri

SHAH ALAM, 1 JULAI: Semua aktiviti kokurikulum dan perhimpunan tidak boleh diadakan apabila sesi persekolahan dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata arahan itu kekal seperti diputuskan Majlis Keselamatan Negara dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

"Buat masa ini pelajar datang ke sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sahaja," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada sidang media sama beliau turut menjelaskan makanan yang dijual di kantin juga perlu dibungkus terlebih dahulu dan waktu rehat dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, pengusaha kantin boleh menggunakan kaedah pratempahan dan dihantar terus ke kelas selain menggalakkan pelajar membawa makanan sendiri.

"Sekiranya pelajar ke kantin untuk membeli makanan, mereka perlu mematuhi penjarakan sosial. Sebab itu kalau kita lihat sudah ada tanda diletakkan bagi mengelak berlaku kesesakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619