NASIONAL

Video lucah: Shamsul Iskandar beri keterangan hampir lima jam

15 Jun 2019, 1:20 AM
Video lucah: Shamsul Iskandar beri keterangan hampir lima jam

MELAKA, 15 JUN: Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini malam tadi berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Shamsul Iskandar yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, beliau telah hadir ke IPK Melaka di Bukit Beruang di sini kira-kira 7 malam sebaik sahaja selesai Rumah Terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini.

"Pada 13 Jun 2019 saya telah dihubungi oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membantu siasatan berkaitan kes Haziq Abdullah Abdul Aziz. Segala penjelasan yang diperlukan oleh pihak PDRM telah pun saya berikan maklumat yang mengambil masa hampir lima jam.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM dan Pegawai Penyiasat yang telah memberikan layanan yang baik dan tempat yang selesa sepanjang proses tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, beliau berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera supaya semua pihak boleh menumpukan kepada perkara yang lebih tuntas dan utama.

Semalam, beliau dilaporkan sebagai berkata, akan membantu polis memberi keterangan berhubung pembabitan Haziq Abdullah yang juga Setiausaha Sulit Kanannya kini digantung tugas, yang turut dikaitkan dengan rakaman video itu.

Haziq Abdullah, 27, dijadual berlepas ke Manila, Filipina berdasarkan tiket penerbangannya, sebelum ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619