AGENDA

Penerangan kepada rakyat bantu PAKATAN menang kerusi

26 Jul 2020, 7:46 AM
Penerangan kepada rakyat bantu PAKATAN menang kerusi

SHAH ALAM, 26 JULAI: Penerangan awal membabitkan pelbagai isu diyakini membantu Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU).

Ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata pengalaman 22 bulan mentadbir Putrajaya tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjelaskan kepada rakyat.

"Saya yakin dan percaya kalau hari ini mula beri penerangan, selain gempur Ampang dan Gombak kita juga mampu berdepan PRU tergempar," kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap pada Konvensyen Penerangan KEADILAN di Ampang hari ini.

Beliau berkata terdapat kelalaian ketika PAKATAN menjadi kerajaan menyebabkan rakyat tidak menerima maklumat dengan betul.

"...jentera penerangan tidak aktif sampai ke bawah. Contoh isu Tabung Haji kerana masa itu kita sibuk kendalikan kementerian dan tidak sempat yakinkan rakyat.

"Sekarang kita ada sejuta ahli. Jika semua jadi jentera penerangan dan mainkan peranan, Insya-Allah datanglah apa pun PRU kita berjaya dapat mandat rakyat," katanya.

Ahli parlimen Hang Tuah Jaya turut menyarankan kepimpinan menjayakan lebih banyak aktiviti di peringkat negeri dan cabang selain melatih ahli bawahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619