SELANGOR

Rampas tanah jika enggan bayar cukai

13 Jun 2019, 8:13 AM
Rampas tanah jika enggan bayar cukai
Rampas tanah jika enggan bayar cukai

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG, 13 JUN: Pemilik tanah yang masih berdegil serta enggan membayar cukai berdepan tindakan rampasan, demikian tegas Pegawai Daerah dan Tanah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor.

Katanya, kegagalan menjelaskan cukai tanah lebih berisiko buat pemilik sekiranya mereka mempunyai kediaman atau harta benda berada di atas tanah yang sama.

"Kemungkinan lebih besar ialah pemilik tanah boleh kehilangan kediaman, disebabkan itu saya nasihatkan supaya bayarlah cukai tanah mengikut waktu ditetapkan.

"Kami juga mengalukan pemilik tanah hadir ke pejabat sekiranya ada kelemahan melalui pembayaran atas talian sistem ehasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Jamuan Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Klang di pejabatnya, hari ini.

Turut hadir memeriahkan ialah Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian.

Mohd Zainal berkata, sehingga Mac lalu, kutipan cukai tanah daerah Klang adalah RM40 juta iaitu 36 peratus daripada jumlah target tahunan.

"Namun, target yang diberikan Kerajaan Negeri untuk kutipan cukai tanah di Klang ialah sebanyak RM119 juta.

"Untuk makluman, Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan ialah 90 peratus sahaja daripada jumlah berkenaan iaitu kira-kira RM105 juta, sehingga kini kita sasarkan sudah dapat mencapai 50 peratus kutipan pada pertengahan tahun ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619