SELANGOR

Adi Faizal mulakan tugas di MSN Selangor

12 Jun 2019, 7:18 AM
Adi Faizal mulakan tugas di MSN Selangor

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JUN: Adi Faizal Ahmad Tarmizi secara rasminya memulakan tugas sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor hari ini.

Beliau yang tiba di Pejabat MSN Selangor di Seksyen 7 sekitar jam 7.30 pagi dan disambut Timbalan Pengarah Pengurusan dan Kewangan, Muhamad Taufeq Shah Rawi.

Adi Faizal ketika dihubungi SelangorKini berkata, beliau sedang meneliti beberapa perkara berkaitan MSN khususnya dari segi carta organisasi, fungsi dan tugas.

"Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. Untuk masa ini, saya perlu dapatkan lebih banyak informasi berkaitan pembangunan sukan dan pembangunan belia.

"Insya-Allah kita akan adakan perhimpunan bersama semua pegawai dan anggota MSN dalam tempoh terdekat," katanya.

Pelantikan Adi Faizal berkuat kuasa 10 Mei lalu selepas menerima surat lantikan yang diserahkan sendiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya Majlis Penyampaian Amanat dan Surat Pelantikan kepada pegawai-pegawai kanan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 14 Mei lalu.

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Perumahan) Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Tanah Petaling.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619