MSN lulus peruntukan peralatan baharu untuk skuad memanah para

13 Mac 2026, 7:45 AM
MSN lulus peruntukan peralatan baharu untuk skuad memanah para

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Skuad memanah para negara bakal menerima peralatan baharu tidak lagi, selepas Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju menyediakan peruntukan bagi menaik taraf kelengkapan latihan dan pertandingan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Muhammad Zul Izzi Ab Manaff berkata langkah itu bukan kerana kekurangan peralatan tetapi bertujuan meningkatkan kualiti kelengkapan sedia ada supaya lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata sebelum ini proses naik taraf dilakukan secara berperingkat, namun kali ini diberi ruang untuk peningkatan lebih menyeluruh memandangkan sebahagian peralatan sedia ada agak ketinggalan.

“Pihak MSN bersetuju menyediakan bajet untuk membawa masuk peralatan baharu. Sebenarnya, bukan kerana kita sudah lama tidak membeli, tetapi kita mahu menaik taraf peralatan sedia ada.

“Selama ini kita membuat sedikit demi sedikit peningkatan, namun kali ini kita diberi kelebihan untuk melakukan naik taraf secara lebih menyeluruh kerana ada beberapa peralatan yang agak ketinggalan,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata pembelian peralatan baharu itu dijangka membantu atlet mengekalkan tahap konsistensi dalam latihan dan juga pertandingan.

Tanpa mendedahkan bajet diperlukan, Muhammad Zul Izzi berkata antara kelengkapan yang akan dinaik taraf ialah peralatan seperti busur termasuk komponen utama seperti riser dan limbs.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619