BERITA UTAMA

RM5 juta untuk 47 PAWE seluruh negara

11 Jun 2019, 4:03 AM
RM5 juta untuk 47 PAWE seluruh negara
RM5 juta untuk 47 PAWE seluruh negara

OLEH NADIAH ZAMLUS

SUBANG JAYA, 11 JUN: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada 47 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Katanya, ia turut membabitkan lapan PAWE yang baru ditubuhkan di Selangor.

"Kesemua persatuan ini akan menerima bantuan dana RM33,330 setiap tahun bagi membantu kos operasi mereka berjalan lancar.

"Target kita supaya satu parlimen akan wujud satu PAWE bagi membolehkan warga emas ini mendapat manfaat sebaiknya," katanya dalam sidang media ketika pelancaran PAWE Subang Jaya di Kelab Warga Emas USJ6, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Mohammad Hanafi Maulud.

Pada masa sama, Hannah turut menggesa kesemua PAWE di seluruh negara tidak hanya memfokuskan satu kaum sahaja ketika menganjurkan sebarang aktiviti.

"Jangan Melayu duduk dalam kelompok kaum Melayu sahaja, India bersama kaum sendiri begitu juga kaum Cina, kami mahu melihat adanya integrasi kaum dalam kesemua PAWE.

"Pada masa sama, ahli PAWE juga perlu bekerjasama dengan persatuan mahupun badan bukan kerajaan yang berada di sekeliling mereka, seperti masjid dan rumah ibadat lain," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619