BERITA UTAMA

Selangor hantar kontinjen besar ke SUKMA 2020

10 Jun 2019, 11:23 PM
Selangor hantar kontinjen besar ke SUKMA 2020

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 JUN: Selangor dijangka menghantar lebih 800 anggota kontinjen membabitkan 30 acara dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Pemangku Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi berkata, negeri itu sudah melepasi fasa pertama persediaan pasukan, iaitu sesi pemilihan dan kini latihan awal sedang giat dijalankan.

"SUKMA tinggal lebih kurang 14 bulan sahaja lagi dan ada pasukan yang bersedia lebih awal mengikut program yang diatur terutama seperti renang, gimnastik, olahraga dan beberapa lagi yang tidak berhenti berlatih sepanjang masa sejak tahun lalu," katanya kepada SelangorKini.

Mohamad Nizam berkata, acara disertai kontinjen Selangor terdiri daripada 16 sukan wajib dan 14 sukan pilihan yang dipertandingkan di Johor.

Antara sukan pilihan seperti muay thai, tenis, kenu, bola tampar dan golf.

Katanya, latihan bagi atlet terbabit acara sukan pilihan turut dimulakan sejak awal tahun ini sebaik menerima pengesahan tuan rumah.

"Pada bulan puasa, latihan semua atlet berjalan seperti biasa tetapi bagi yang beragama Islam, jadual diubah selepas solat terawih dan hujung minggu.

"Cuti raya juga tidak lama kerana ada yang perlu berlatih awal bagi mengekalkan prestasi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619