NASIONAL

Pesta buku di KLCC jadi tarikan pengunjung

6 Jun 2019, 12:53 PM
Pesta buku di KLCC jadi tarikan pengunjung

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Orang ramai mengambil kesempatan cuti persekolahan dan cuti sambutan Aidilfitri untuk mengunjungi pesta buku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Beberapa pengunjung yang ditemui Bernama, berkata, mereka mahu 'berehat' seketika daripada agenda berkunjung ke rumah sanak-saudara yang tidak dapat tidak diselit dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.

Eksekutif swasta, Nor Shahidah Ahmad, 23, berkata, beliau mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar di sekitar ibu kota setelah seharian berkunjung ke rumah sanak saudara pada hari raya pertama semalam.

"Semalam kami makan terlalu banyak, jadi mahu keluar bersiar-siar pula pada hari raya kedua dan datang ke pesta buku untuk membeli novel dan sebagainya. Lagipun jalan di ibu negara lengang," katanya.

Warga emas, Shamsiah Haris, 70, berkata, hampir setiap tahun beliau pasti mengunjungi pesta buku berkenaan untuk membeli buku masakan.

"Saya suka memasak, banyak jenis buku masakan yang boleh saya pilih untuk menyediakan juadah untuk rumah terbuka nanti.

"Selain itu, saya membeli beberapa buku kanak-kanak untuk beberapa cucu saya kerana ketika pesta bukulah banyak promosi dan diskaun diberi kepada pengunjung," katanya.

Pesta buku dengan tema ‘Assuredly Enriching’ itu dianjurkan bersama Popular Book Co (M) Sdn Bhd dan BookFest @ Malaysia 2019.

Lebih 700 pempamer dari hampir seluruh dunia menyertai pesta buku tersebut yang berlangsung dari 1 hingga 9 Jun ini. Tahun lalu, pesta buku tersebut menarik 680,000 pengunjung.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619