NASIONAL

Malaysia akan terus guna teknologi Huawei

30 Mei 2019, 5:45 AM
Malaysia akan terus guna teknologi Huawei

TOKYO, 30 MEI: Malaysia tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidakan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.

“Oleh itu, kami akan memanfaatkan teknologi mereka seluas mungkin. Ya, mungkin ada bentuk intipan, tapi apa yang nak diintap di Malaysia?” katanya pada sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini pada Khamis.

Dr Mahathir tiba di Tokyo pada Rabu untuk lawatan kerja tiga hari.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan pintu terbuka.

“Semua orang tahu jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, mereka boleh lakukan..,” katnya berseloroh.

Pada sesi itu, beliau juga menggesa pentadbiran AS membuat konsesi membabitkan pertikaiannya dengan China, termasuk beberapa dakwaan mengenai aktiviti pengintipan oleh Huawei.

Perdana menteri juga memberi amaran bahawa kegagalan untuk berunding boleh membawa kedua-dua negara itu terlibat dalam konflik ketenteraan.

(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.

"Namun, jika anda mahukan situasi anda sentiasa berada di hadapan, atau jika anda tidak berada di hadapan, saya akan mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan persaingan, ini mengancam orang dan itu bukan pendekatan untuk digunakan," katanya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619