NASIONAL

UMS-Huawei kolaborasi pacu pembangunan pelajar

11 Jul 2019, 9:33 AM
UMS-Huawei kolaborasi pacu pembangunan pelajar

KOTA KINABALU, 11 JUL: Kerjasama pintar antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. kini giat dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan pelajar UMS dengan memberi latihan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Naib Canselor UMS, Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata, bagi tujuan itu Huawei telah mewujudkan Huawei Authorized Information Network Academy (HAINA) di UMS.

“Melalui HAINA, Huawei mengiktiraf UMS sebagai pusat latihan dan pensijilan bagi sijil profesional Huawei seperti Huawei Certified Network Academy (HCNA) dan Huawei Certified ICT Associate (HCIA).

“Huawei juga menyumbang peralatan ICT di pusat HAINA untuk aktiviti latihan, selain memberi bantuan dalam latihan pelajar UMS untuk tujuan pensijilan HCNA/HCIA serta mempersiapkan staf UMS sebagai tenaga pengajar yang bertauliah dan diiktiraf," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

D Kamarudin berkata, sehingga Jun lepas terdapat tiga kumpulan terdiri daripada 107 pelajar mendapat pensijilan sama ada dalam HCNA atau HCIA.

Beliau berkata, kos keseluruhan untuk kursus dan pensijilan dianggarkan RM15,000 bagi setiap pelajar namun, buat masa ini percuma bagi pelajar UMS.

Huawei juga akan menjadi penasihat teknikal bagi merealiasikan keperluan UMS berdasarkan industri 4.0.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619