SELANGOR

MPK bawa ahli majlis lawat pusat kawalan CCTV

29 Mei 2019, 7:53 AM
MPK bawa ahli majlis lawat pusat kawalan CCTV
MPK bawa ahli majlis lawat pusat kawalan CCTV

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KLANG, 29 MEI: Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan lawatan ringkas di pusat kawalan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) MPK di Bangunan Sultan Alam Shah, hari ini.

Yang Dipertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata, lawatan terbabit diadakan sebagai pendedahan kepada seluruh ahli majlis yang baharu di lantik sejak tahun lalu.

Katanya, secara keseluruhan MPK mempunyai 76 CCTV di sekitar daerah Klang, 60 unit adalah milik Kerajaan Negeri manakala 16 lagi dibekalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Semua CCTV terbabit meliputi jalan raya terutama di kawasan persimpangan, kawasan sesak laluan dan pusat perniagaan serta pusat komersil.

"Ia juga digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melihat kejadian tertentu seperti kemalangan dan ragut.

"Dahulu ketika banjir di Klang, kita pantau sekitar pantai di Pelabuhan Klang bagi melihat kawasan banjir dan air pasang besar mengunakan CCTV ini,"katanya ketika lawatan ringkas terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pusat kawalan yang sudah beroperasi dua tahun itu turut mengendalikan 54 CCTV yang dipasang di seluruh pejabat MPK.

"Pusat kawalan ini dikendalikan oleh pegawai khas memantau setiap hari dan jika ada perkara berlaku, mereka akan hubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan serta merta," katanya.

Lawatan ringkas selepas Mesyuarat Penuh MPK itu disertai lebih 20 anggota ahli majlis MPK.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619