GLOBAL

TMC Sudan sedia adakan pilihan raya lebih awal

28 Mei 2019, 5:00 AM
TMC Sudan sedia adakan pilihan raya lebih awal

KHARTOUM, 28 MEI: Majlis Peralihan Tentera Sudan (TMC) pada Isnin berkata, pihaknya bersedia andai pilihan raya diadakan lebih awal dalam tempoh tiga bulan, kata Timbalan Pengerusinya, Mohamed Hamdan Daqlu.

Menurut agensi berita Xinhua, Daqlu membuat kenyataan itu ketika berucap di hadapan anggota polis dalam satu majlis di Khartoum pada Isnin.

"Pilihan raya untuk memilih kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat dan bukan pihak lain," katanya merujuk kepada pakatan pembangkang iaitu Perikatan Kebebasan dan Pembaharuan.

Daqlu menuduh pakatan itu cuba untuk mengecualikan tentera dan pasukan yang lain dari mencampuri urusan politik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619