BERITA UTAMA

Penjajaran IPR jamin kelangsungan program kebajikan rakyat

25 Mei 2019, 5:01 AM
Penjajaran IPR jamin kelangsungan program kebajikan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 25 MEI: Langkah penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dibuat bagi memastikan kelangsungan program berkenaan untuk penduduk Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tekad memastikan program kebajikan rakyat dapat diteruskan bagi satu tempoh yang panjang.

"Penilaian tepat semula program IPR kerana Kerajaan Negeri mahu memastikan kelangsungan program ini sehingga mampu bertahan lebih 10 tahun dan bukannya dua atau tiga tahun sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jom Shopping Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Sungai Tua di Pasaraya Giant Batu Caves, di sini hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua berkata, penjajaran itu juga memberi peluang lebih ramai kepada rakyat Selangor untuk merasai nikmat berkongsi kekayaan negeri.

Pada masa sama, beliau menjangkakan peserta Jom Shopping pada tahun hadapan akan meningkat jauh lebih ramai, berbanding tahun sebelumnya.

"Ekoran penjajaran ini, dijangkakan lebih ramai merasa dan mungkin Jom Shopping akan ada pada setiap bulan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619