NASIONAL

Mayat lelaki tanpa tangan kiri dibaham buaya ditemui di Sandakan

25 Mei 2019, 3:16 AM
Mayat lelaki tanpa tangan kiri dibaham buaya ditemui di Sandakan

SANDAKAN, 25 MEI: Mayat seorang lelaki tanpa tangan kiri dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung di sebuah anak sungai di Jalan Beriawa di sini pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa, yang dikenali sebagai Saini Mahmi, 39, ditemukan kira-kira 9 pagi ini oleh orang awam selepas hilang sejak 23 Mei (Khamis) lalu kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, kehilangannya hanya dilaporkan kepada JBPM pada  9.10 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot untuk ke rumahnya yang berdekatan.

Mayat mangsa, yang mana sebahagian dadanya juga mempunyai kesan dibaham buaya, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat bot mangsa.

Kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619