NASIONAL

3 stesen LRT laluan Sri Petaling ditutup sementara

23 Mei 2019, 9:08 AM
3 stesen LRT laluan Sri Petaling ditutup sementara

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tiga stesen perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling iaitu stesen LRT Bandaraya, stesen LRT Sultan Ismail dan stesen LRT PWTC akan ditutup sementara dari pukul 6 pagi hingga 9 pagi pada 9, 16 dan 23 Jun ini bagi kerja-kerja menaik taraf landasan.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata sepanjang tempoh itu, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berakhir di Stesen LRT Bandaraya, manakala tren dari Sentul Timur akan berakhir di Stesen LRT PWTC.

"Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan di antara stesen LRT Bandaraya dan stesen LRT PWTC dengan kekerapan 15 minit. Bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan trafik. Kemudahan ini bagi memastikan pengguna yang terlibat dapat meneruskan perjalanan dengan lancar dan selesa," menurut kenyataan itu.

Manakala pengguna yang ingin ke stesen LRT Sultan Ismail dinasihat mendapatkan perkhidmatan bas percuma di stesen LRT Bandaraya atau stesen LRT PWTC.

Prasarana dalam kenyataan sama memaklumkan pada 9, 16 dan 20 Jun, sebahagian daripada Jalan Merpati yang terletak berdekatan stesen LRT Sultan Ismail akan ditutup dari jam 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi sebagai langkah keselamatan kerana terdapat peralatan berat digunakan untuk kerja naik taraf.

Penduduk sekitar Jalan Merpati dinasihatkan memarkir kenderaan mereka di kawasan letak kereta awam yang bertentangan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwok.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.myrapid.com.my atau berinteraksi dengan petugas MyRapid menerusi menerusi Facebook dan Twitter @Myrapid untuk maklumat lanjut. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619