AGENDA

Stesen LRT KLCC ditutup sementara, panel kotak suis pam terbakar

2 Jan 2025, 11:19 AM
Stesen LRT KLCC ditutup sementara, panel kotak suis pam terbakar

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC ditutup sementara, susulan kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik di stesen berkenaan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan menyarankan penumpang ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi.

“Orang ramai boleh merujuk media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE untuk maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohamed Azimin Mohamed Zahidi dalam kenyataan mengesahkan panel kotak suis pam di stesen berkenaan terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 4.15 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota serta pegawai ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba api telah dipadamkan oleh pasukan Tindakan Kecemasan KLCC dengan menggunakan alat pemadam api jenis Carbon Dioxide (CO2) bagi memadam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada mangsa terlibat dan keadaan terkawal,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619