SELANGOR

Lebih 2,000 penduduk Parlimen Gombak terima sumbangan Aidilfitri

22 Mei 2019, 12:47 PM
Lebih 2,000 penduduk Parlimen Gombak terima sumbangan Aidilfitri

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK, 22 MEI: Lebih 2,000 penduduk di sekitar Parlimen Gombak menerima sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri dengan nilai keseluruhan RM1.8 juta, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, ia membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Antarabangsa, Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Katanya, sumbangan itu adalah antara tradisi Parlimen Gombak dalam menyantuni rakyat di kawasan terbabit terutama ketika Aidilfitri.

"Secara tradisinya kita memang sudah mengadakan sumbangan Aidilfitri ini sejak dahulu lagi, sekali gus menyantuni rakyat di sini untuk menceriakan mereka.

"Pada tahun ini juga kita berpeluang menyumbang bantuan tunai RM500 setiap seorang dan sedikit keperluan dapur bernilai RM150," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Sumbangan Eidul Fitr Parlimen Gombak di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Kelang, di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Gombak, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyampaikan sumbangan terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619