ADN

Gombak Setia bidas kelesuan pembangkang

4 Nov 2019, 8:49 AM
Gombak Setia bidas kelesuan pembangkang

SHAH ALAM, 4 NOV: Ahli Dewan Negeri pembangkang dibidas ekoran gagal mengambil peluang membahaskan Belanjawan #Selangor2020 yang dibentangkan pada 1 November lalu.

Muhammad Hilman Idham (PAKATAN-Gombak Setia) berkata sikap ditunjukkan itu mencerminkan kegagalan pembangkang melihat belanjawan negeri sebagai dokumen penting.

"Saya terkilan sikap pembangkang yang gagal menggunakan peluang dan landasan Dewan Negeri Selangor sebagai tempat terbaik membahaskan belanjawan.

"Ini menunjukkan pembangkang tidak menganggap sidang ini dan belanjawan negeri sebagai dokumen serius," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di DNS di sini hari ini.

Beliau turut terkilan apabila hanya ketua pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan.

"Lebih menyedihkan apabila terdapat anggota pembangkang tidak hadir ketika belanjawan negeri dibentangkan Jumaat lalu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619