NASIONAL

Isu NFC perlu selesai segera-Salahuddin

21 Mei 2019, 2:20 PM
Isu NFC perlu selesai segera-Salahuddin

KOTA BHARU, 21 MEI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu isu National Feedlot Corporation (NFC) dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan lagi sudah ada sebuah syarikat yang berminat untuk membeli NFC.

“Saya telah membuat kenyataan seawal berada di MOA, sebuah syarikat berminat untuk beli NFC, kita telah lihat syarat-syarat itu dan perkara ini telah diajukan kepada perdana menteri dan menteri kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga MOA Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Katanya, pihaknya menyambut baik sekiranya syarikat berkenaan dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menyelesaikan pinjaman dengan Kementerian Kewangan.

“Menteri kewangan dah beri respon bahawa NFC perlu kembalikan semula pinjaman, itu terma yang perlu dipatuhi.

“Saya dimaklumkan syarikat ini memang amat berminat untuk ambil alih NFC dan sekiranya semua syarat dipenuhi, kita tak ada masalah. Syarikat baru boleh meneruskan projek NFC, mungkin kita tukar nama baru, " katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619