NASIONAL

KP YaPEIM digantung tugas sementara berkuatkuasa hari ini

21 Mei 2019, 7:35 AM
KP YaPEIM digantung tugas sementara berkuatkuasa hari ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin digantung tugas buat sementara berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan menggantung tugas itu adalah bagi membolehkan siasatan yang menyeluruh dilakukan ke atas Abibullah berhubung dakwaan salahlaku.

"Sepanjang penggantungan itu, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau untuk hadir bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan itu," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilaporkan membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki yang didakwa kononnya Abibullah, mempengaruhi kakitangan YaPEIM pada pilihan raya umum lepas.

Menurut Mohd Daud, dalam tempoh itu, Pengarah Kanan YaPEIM, Parihah Hassan, yang juga Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Strategik YaPEIM, akan memangku tugas-tugas Ketua Pengarah.

Parihah adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619