AGENDA

Wanita cagar emas layak dapat biaya Ar-Rahnu BizNita - YaPEIM

4 Dis 2020, 9:33 AM
Wanita cagar emas layak dapat biaya Ar-Rahnu BizNita - YaPEIM

SHAH ALAM, 4 DIS: Golongan wanita yang mencagar barangan kemas di Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) layak menerima pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita.

Pengurusnya berkata bagaimanapun manfaat tersebut disasarkan kepada mereka yang menjalankan perniagaan atau baharu menceburi bidang berkenaan.

"Wanita yang pernah menggadaikan barang kemas mereka berpeluang mendapatkan dana usahawan pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita pada tahun depan," kata Muhammad Fazli Suhailin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Foodbank 2.0 YaPEIM di Pusat Dialisis Majlis Agama Islam (Mais) di sini hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada yayasan tersebut bagi aktiviti pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita.

YaPEIM turut menyasarkan lebih 2,500 usahawan wanita bakal menerima manfaat berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619