SELANGOR

Kembara Ramadan PREC santuni 354 anak yatim dan asnaf

16 Mei 2019, 8:07 AM
Kembara Ramadan PREC santuni 354 anak yatim dan asnaf
Kembara Ramadan PREC santuni 354 anak yatim dan asnaf
Kembara Ramadan PREC santuni 354 anak yatim dan asnaf
Kembara Ramadan PREC santuni 354 anak yatim dan asnaf

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 MEI: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) memberi sumbangan Aidilfitri kepada 354 anak yatim dan asnaf miskin di enam rumah kebajikan terpilih sekitar Selangor pada program Kembara Ramadan PREC 2019 di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, sumbangan diberikan dalam bentuk wang tunai sebagai duit raya dan barangan elektrik.

Katanya, program itu adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu masyarakat memerlukan dengan wang zakat diperuntukkan tahun ini.

"PREC sentiasa komited menyalurkan sumbangan kepada rumah dan badan kebajikan terpilih selepas menilai serta melakukan lawatan berdasarkan khidmat nasihat daripada pihak Lembaga Zakat Selangor.

"Kami melihat sumbangan ini satu keperluan dalam membesarkan anak-anak bermula dari rumah dan di sekolah yang sememangnya memerlukan kos banyak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebelum bermulanya acara 'flag off' di Valet Parking SACC Mall, di sini, hari ini.

Kembara Ramadan PREC 2019 membabitkan hampir semua kakitangan PREC dan anak syarikatnya Park Here Sdn Bhd (PHSB) yang turut turun padang bagi memberikan sumbangan itu.

Antara rumah yang dikunjungi adalah Rumah Amal Limpahan Kasih, Maahad Tahfiz Al Ulum Wal Ghazaly, Pusat Jagaan Nur Sakinah, Rumah Kebajikan Al-Firdaus, Pusat Jagaan Budi Bistari dan Pertubuhan Kebajikan Baitul Islah.

Majlis pelepasan dilaksanakan Ketua Ahli Jawatankuasa Kerja PREC merangkap Pengurus Kanan Teknologi Maklumat PKNS, Saharom Mohni.

Menerusi lawatan itu, kakitangan PREC dan PHSB turut berpeluang mempereratkan ukhuwah bersama anak-anak terbabit dengan aktiviti yang dirangka seperti sesi bersama maskot, ahli silap mata, badut, kuiz dan origami kreatif.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619