GLOBAL

Venezuela cadang Turki sebagai 'kuasa pelindung'

16 Mei 2019, 4:55 AM
Venezuela cadang Turki sebagai 'kuasa pelindung'

ANKARA, 16 MEI: Venezuela mencadangkan Turki bertindak sebagai negara yang melindungi kedutaannya di Washington, lapor agensi berita Anadolu.

"AS melantik kerajaan Switzerland sebagai kuasa melindunginya di Caracas, dan kami menghormatinya. Tetapi kita juga memerlukan kuasa asing melindungi kita," kata duta Venezuela bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Samuel Moncada di sidang akhbar pada Rabu.

"Sebagai contoh, kami mencadangkan Turki. Tetapi mereka (AS) tidak memberikan sebarang maklum balas mengenainya," tambah beliau.

Menurut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, jika hubungan antara dua negara tergugat, kedua-dua pihak boleh memilih negara ketiga sebagai kuasa yang menjadi pelindung.

Venezuela dibelenggu protes sejak 10 Januari lalu apabila pembangkang membantah Presiden Nicolas Maduro, mengangkat sumpah sebagai presiden untuk penggal kedua.

Keadaan bertambah meruncing apabila pemimpin pembangkang Juan Guaido, mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara pada 23 Januari lalu, disokong AS dan kebanyakan negara Eropah serta Amerika Latin.

Turki, Rusia, China, Iran, Bolivia dan Mexico menyuarakan sokongan padu mereka terhadap Maduro.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619