SELANGOR

Wanita perlu bijak laksana tugas ikut keutamaan

10 Mei 2019, 8:25 AM
Wanita perlu bijak laksana tugas ikut keutamaan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 MEI: Golongan wanita baik yang bekerja mahupun suri rumah perlu bijak melaksanakan tugas mengikut keutamaan serta pandai menguruskan masa.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Mohamad berkata, jika gagal menghayati dan mengamalkan kedua-duanya, pasti akan berhadapan masalah kedua-dua tanggungjawab itu.

"Masalah ini akan menjadi bebanan fikiran yang akhirnya akan menurunkan prestasi kerja, sekali gus meruntuhkan institusi kekeluargaan.

"Apa yang amat dikhuatiri ialah apabila ia menyebabkan gangguan emosi dan mental yang parah. Akhirnya, tanggungjawab tugas dan rumah tangga akan terbengkalai serta menjurus kepada kegagalan dalam hidup," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Persatuan Semarak Cinta Kasih (SPREAD LOVE) dan Majlis Sambutan Hari Ibu bertemakan 'Wanita Gemilang, Ibu Penyayang', di sini.

Masdiana yang juga isteri kepada Dato' Menteri Besar berkata, ramai kaum ibu mempunyai kerjaya profesional dan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, institusi atau syarikat yang menjadi trend ketika ini.

Justeru, katanya, bebanan tugas dipikul mereka amat berat kerana selain perlu menunaikan tanggungjawab di pejabat, mereka juga mempunyai tanggungjawab lebih besar menanti di rumah.

"Jika dahulu isteri sering disamakan dengan Menteri Kewangan tetapi pada pendapat saya, jawatan Menteri Pembangunan dan kadangkala lebih kepada Menteri Sumber Manusia sebab peranan wanita yang begitu menyeluruh dan sukar ditandingi lelaki.

"Sesungguhnya, menjadi seorang 'wanita waja' yang berjaya dalam kerjaya dan rumah tangga adalah impian setiap wanita," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619