GLOBAL

Trump suara sokongan 100 peratus terhadap Israel

6 Mei 2019, 6:09 AM
Trump suara sokongan 100 peratus terhadap Israel

WASHINGTON, 6 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyuarakan sokongannya terhadap Israel di tengah-tengah serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

"Sekali lagi, Israel diserang kumpulan pemberontak Hamas. Kami menyokong Israel 100 peratus dalam mempertahankan rakyatnya," tulis Trump di twitternya.

"Kepada penduduk Gaza - keganasan terhadap Israel hanya akan membawa lebih banyak kesengsaraan, TAMATKAN keganasan dan bekerja untuk ke arah keamanan - ia boleh jadi kenyataan!" katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619