NASIONAL

Kerajaan wujud pasukan khas kaji dasar kerja waktu malam

4 Mei 2019, 1:04 PM
Kerajaan wujud pasukan khas kaji dasar kerja waktu malam

IPOH, 4 MEI: Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan pasukan bertindak khas untuk mengkaji cadangan bekerja pada waktu malam bagi sektor pekerjaan tertentu dilaksanakan.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, cadangan yang diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini memerlukan kajian terperinci selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.

"Setelah kajian selesai, kita akan bawa perkara ini ke Kabinet," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku berbahasa Tamil bertajuk 'Kandi Seemai' (Candy City) karya Maathalai Somu, di Institut Latihan Perindustruian Ipoh, di sini hari ini.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir yang mahu melaksanakan dasar berkenaan.

Khamis lalu, Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tautan Muhibah anjuran Biro Ekonomi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Segambut di Laman Zarlith di Kuala Lumpur berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk mengalihkan waktu bekerja siang kepada waktu malam dalam sektor pekerjaan tertentu.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619