BERITA UTAMA

Tengku Permaisuri berkenan lawat The Secret Garden

1 Mei 2019, 11:36 PM
Tengku Permaisuri berkenan lawat The Secret Garden
Tengku Permaisuri berkenan lawat The Secret Garden
Tengku Permaisuri berkenan lawat The Secret Garden
Tengku Permaisuri berkenan lawat The Secret Garden

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEKINCHAN, 2 MEI : Homestay dalam bas, itulah tarikan The Secret Garden yang akan menjadi produk pelancongan terbaru di lokasi yang terkenal dengan kecantikan sawah padi, di sini.

Selain rumah inap yang dibina menggunakan bas lama, pemiliknya, Laurenzius Gan Chinshen turut menggunakan papan lama untuk membina chalet bagi produk agro-pelancongan di Sekinchan.

Katanya, beliau berbangga penat lelahnya selama ini terbayar setelah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli dengan mengadakan sesi lawatan ke tempatnya.

"Memang saya rasa berdebar dan berasa terharu, selain turun padang, baginda juga dihidangkan dengan mentarang bakar serta pelbagai jenis kerang iaitu produk dari Sekinchan sendiri.

"Terima kasih tidak terhingga kepada Tuanku Permaisuri serta rombongan kerana sudi ke The Secret Garden," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Terdahulu, Permaisuri berkenan untuk bersantap di situ serta dihidangkan dengan pelbagai menu menarik termasuk mentarang, lala dan udang galah.

Lawatan itu adalah antara program dalam lawatan mesra baginda ke Sekinchan.

Lawatan selama satu hari berkenaan bertujuan bermesra bersama rakyat di daerah ini sambil melawat beberapa tempat menarik di sini.

Antara kawasan lain yang turut dilawati adalah kedai barangan antik, Ah Ma House; kilang padi PLS Marketing Sdn Bhd dan Wisma Masri, Parit 7 dan Kilang Khind.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619