BERITA UTAMA

Blue Tears Kuala Selangor kagumkan rombongan Tengku Permaisuri

1 Mei 2019, 11:15 PM
Blue Tears Kuala Selangor kagumkan rombongan Tengku Permaisuri
Blue Tears Kuala Selangor kagumkan rombongan Tengku Permaisuri
Blue Tears Kuala Selangor kagumkan rombongan Tengku Permaisuri
Blue Tears Kuala Selangor kagumkan rombongan Tengku Permaisuri

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 2 MEI: Kecantikan fenomena 'Blue Tears' atau Air Mata Biru di permukaan pantai di sini membuatkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan rombongannya berasa teruja.

Baginda berkenan menaiki bot bersama Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim bagi melihat fenomena yang hanya berlaku di Kuala Selangor serta terletak berdekatan dengan lokasi tarikan pelancong paling popular iaitu Sky Mirror, malam tadi.

Suee Lim berkata, Blue Tears adalah produk pelancongan terbaru yang membawa pelancong datang pada waktu malam, ke daerah itu.

"Hari ini kita bawa Permaisuri pula melihat keindahan Blue Tears yang jarang kali berada di tempat lain, ia hanya berada di Kuala Selangor.

"Tujuan lawatan ini diadakan kerana mahu menggabungkan produk Sekinchan dan Kuala Selangor supaya akan wujudnya pakej tiga hari dua malam buat pelancong sekali gus mampu mempelbagaikan produk tarikan di kedua-dua daerah ini," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu pemilik Sky Mirror Tour & Travel, Dyven Wong berkata, fenomena ‘Blue Tears’ terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air.

Wong berkata, ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.

Katanya, mereka mula menemui fenomena itu pada sekitar tahun lalu dan ia semakin kerap dilihat.

"Kami adalah satu-satunya syarikat pelancongan berlesen untuk membawa pelancong menyaksikan keajaiban alam berkenaan.

"Lawatan ini disediakan setiap malam pada jam 8, 9 dan 10 malam. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik.

"Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini," katanya.

Lawatan itu adalah antara program dalam lawatan mesra baginda ke Sekinchan.

Lawatan selama satu hari itu bertujuan bermesra bersama rakyat di daerah ini sambil melawat beberapa tempat menarik di sini, semalam.

Antara kawasan lain yang turut dilawati adalah kedai barangan antik, Ah Ma House; kilang padi PLS Marketing Sdn Bhd dan Wisma Masri, Parit 7, Kilang Khind dan Restoran Secret Garden.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619