SELANGOR

Makan@Bumbung tarikan baharu Shah Alam

30 Apr 2019, 2:09 PM
Makan@Bumbung tarikan baharu Shah Alam

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 30 APR: Medan selera Kompleks PKNS di sini menampilkan pembaharuan dengan adanya Makan@Bumbung sekali gus menjadikannya sebagai tarikan baharu warga Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakhru Radzi Ab Ghani berkata, ia akan mula beroperasi selepas Ramadan serta bakal mengetengahkan menu istimewa makanan Melayu dan popular Selangor.

"Pada masa sama, PREC turut memperkenalkan konsep pembayaran tanpa tunai supaya kami dapat memantau pengurusan perniagaan secara berkesan.

"Saya berharap penganjuran PREC bersama asetnya, Kompleks PKNS Shah Alam ini bakal menjadi buah mulut kerana ia bermanfaat untuk warga Shah Alam yang inginkan aktiviti santai dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Perasmian Festival Ramadhan Selangor 2019 (FESTIRA'19) di Kompleks PKNS Shah Alam di sini, hari ini.

Fakru Radzi berkata, kebiasaanya tempoh perniagaan medan selera bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam namun Makan@Bumbung tampil berbeza iaitu dari 10 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Terdahulu, sebanyak 20 lot kedai makan Kompleks PKNS Shah Alam terbiar sejak 2013 dan PREC mengambil inisiatif dengan menaik taraf bangunan terbabit yang menjangkau usia lebih 40 tahun.

FOTO: HAFIZ OTHMAN (SELANGORKINI)

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619