NASIONAL

Anwar: Hormati mandat diberi rakyat kepada Dr Mahathir

29 Apr 2019, 3:30 PM
Anwar: Hormati mandat diberi rakyat kepada Dr Mahathir

GEORGE TOWN, 29 APR: Hormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin negara, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Perdana Menteri bertindak betul dalam membawa mesej jelas, bahawa perlembagaan persekutuan perlu dihormati.

"Beliau (Tun Mahathir) mewakili kerajaan baru selepas diberi mandat oleh rakyat dan kita perlu menghormatinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Power Talk yang bertema “The Future Direction of Malaysian Economy” anjuran Kumpulan Penang Premium Business Enterprise Group di sini, hari ini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata, tidak timbul sebarang keraguan mengenai kedudukan Perdana Menteri, memandangkan mandat itu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kenyataannya kita berikan kedudukan itu, bahawa Perdana Menteri itu dipimpin oleh Perlembagaan... beliau adalah ketua yang diberi tugas itu, dan tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa beliau efektif dalam melaksanakan tugasnya,” katanya.

Bagaimanapun beliau juga berkata, tidak ada salahnya jika pihak istana membuat teguran terhadap kerajaan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619