SELANGOR

Kerajaan Negeri bina garis panduan pembangunan semula

29 Apr 2019, 11:32 AM
Kerajaan Negeri bina garis panduan pembangunan semula

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

HULU KELANG, 29 APR: Kerajaan Negeri sedang merangka satu garis panduan baharu terhadap program pembangunan semula di kawasan perumahan lama.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata, garis panduan dibina melalui portfolionya itu akan mengetengahkan dua perkara utama.

"Kita mahu supaya ketika projek pembangunan semula itu dijalankan, penduduk tidak dipindahkan dari kawasan terbabit dengan makna mereka tinggal di situ.

"Kedua, kita akan pastikan jika pembangunan semula itu mewujudkan rumah yang baharu, mesti masukkan beberapa peratus unit rumah mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media mengenai keretakan serius di Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, ketika ini sudah ada beberapa kawasan yang sudah memohon untuk pembangunan semula tapi perlu menunggu sehingga garis panduan itu selesai dirangka.

"Antara kawasan yang sudah memohon adalah di Pandan, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya dan Shah Alam," katanya.

Mengulas mengenai Pangsapuri Taman Keramat Permai, Haniza berkata, untuk membangunkan semula kawasan itu, perlu mencari satu kawasan kosong yang sesuai untuk dibina satu blok baharu sebagai blok pertama.

"Mungkin ada keperluan untuk kawasan ini dibangunkan semula tetapi kita kena kenal pasti mana kawasan kosong untuk kita bangunkan blok pertama.

"Cabaran lainnya adalah mendapatkan persetujuan daripada 100 peratus pemilik unit yang bersetuju untuk membangunkan semula kawasan ini," katanya.

FOTO: FIKRI YUSOF (SELANGORKINI)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619