NASIONAL

Permohonan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu dibuka

29 Apr 2019, 3:19 AM
Permohonan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu dibuka

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2019, bermula 29 April sehingga 31 Julai ini.

KPM dalam kenyataan berkata, program yang diperkenalkan sejak 2012 itu adalah inisiatif strategik Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Universiti Awam (UA) 2016-2020.

Katanya, langkah itu sekali gus menjadikan Bahasa Melayu kekal sebagai saluran pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia.

"Pada masa sama, ia mengiktiraf ahli akademik UA yang memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Sejak 2012, seramai lima ahli akademik dinobatkan sebagai tokoh akademik Bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai bidang termasuk saintis dan pakar perubatan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.moe.gove.my/atabm atau e-mel urus setia atabm@moe.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619