GLOBAL

Lubnan pecah rekod kibar bendera kebangsaan paling banyak

29 Apr 2019, 3:12 AM
Lubnan pecah rekod kibar bendera kebangsaan paling banyak

BEIRUT, 29 APRIL: Beirut Alive Association berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi jumlah bendera kebangsaan yang dikibarkan di bandar itu selama 24 jam, lapor agensi berita China Xinhua.

Beirut mengibarkan 26,852 bendera kebangsaan Lubnan, sekali gus memecahkan rekod Waterloo, New York berjumlah 25,599 bendera.

"Saya ke sini untuk mengadili gelaran rekod bagi bendera kebangsaan paling banyak dikibarkan di sebuah bandar selama 24 jam.

"Saya di sini untuk memastikan bahawa semua garis panduan Rekod Dunia Guinness dipenuhi dan kita kini mempunyai rekod baharu di sini dengan 26,852 bendera yang dicapai Beirut Alive Association," kata Pengadil Rekod Dunia Guinness Ahmed Jabr kepada Xinhua.

Acara itu dianjur di bawah naungan Perdana Menteri Saad Hariri, yang diwakili Anggota Parlimen Rola Tabsh, di Dataran Nejmeh di pusat bandar Beirut, dengan kehadiran Anggota Majlis Ekonomi dan Sosial Mohammed Al-Jouzou dan saksi bebas daripada firma Guaman Al-Ittihad serta pelbagai tokoh terkenal.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619