AGENDA

Menantu Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan Israel di Damsyik

3 Okt 2024, 12:25 AM
Menantu Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan Israel di Damsyik

DAMSYIK, 3 OKT: Hassan Jafar Qasir, menantu kepada pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kawasan Mazzeh Western Villas, Damsyik pada Rabu, lapor Xinhua.

Serangan Israel itu menyasarkan tingkat pertama bangunan tiga tingkat yang sering menjadi lokasi kunjungan pemimpin Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran, mengakibatkan tiga orang terkorban dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dengan identiti mereka masih belum dikenal pasti, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Kementerian Pertahanan Syria memaklumkan serangan itu dilancarkan dari Bukit Golan yang diduduki Israel.

Pada 27 September lalu, Israel membunuh Sayyed Hassan Nasrallah dalam serangan udara di Beirut.

Serangan pada Rabu merupakan serangan udara kedua Israel di kawasan itu minggu ini.

Pada pagi Selasa, Israel menyasarkan sebuah lokasi kira-kira 500 meter dari kawasan serangan pada Rabu, menyebabkan tiga orang termasuk seorang wartawan terkorban dan sembilan yang lain cedera.

-BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619