NASIONAL

1MDB: Semua pemimpin dunia bertanya

28 Apr 2019, 11:17 PM
1MDB: Semua pemimpin dunia bertanya

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

KUALA LANGAT, 29 APRIL: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pemimpin seluruh dunia bertanya berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika lawatan beliau ke beberapa negara, sebelum ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, seluruh dunia mengetahui masalah Malaysia iaitu memiliki pemimpin yang merompak harta rakyat.

"Beberapa bulan lalu, saya ke India, China, Turki, Qatar, Amerika dan England, semua tanya berkenaan 1MDB.

"Saya pergi ke Amerika, Bank of America tanya, saya pergi ke Turki Tayyip Erdogan tanya, saya pergi ke Qatar Raja Qatar, jumpa Narendra Modi di India, semua tanya bagaimana boleh terjadi.

"Macam mana satu negara boleh biarkan pemimpin rompak guna kekayaan beli ratusan beg, belanja ratus juta ringgit untuk peribadi, nak judi di Amerika, nak beli kapal terbang, nak beli kapal semua guna duit kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Majlis Makan Amal KEADILAN Cabang Kuala Langat, di Dewan Gan Yan Sin, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih menghairankan di Malaysia apabila bekas pemimpin yang terpalit dengan skandal masih mendapat sokongan daripada UMNO dan PAS.

"Satu dunia sudah tahu skandal terbabit, tapi di Malaysia masih lagi disokong, bukan sahaja UMNO termasuk PAS, Allahuakbar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619