NASIONAL

DAP yakin kemampuan Vivian tambat hati pengundi

28 Apr 2019, 1:43 AM
DAP yakin kemampuan Vivian tambat hati pengundi
DAP yakin kemampuan Vivian tambat hati pengundi

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 28 APR: DAP yakin calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Vivian Wong Shir Yee mampu mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Naib Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, Vivian sebelum ini kerap mengikuti mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt turun padang menyelesaikan pemasalahan di kawasan parlimen terbabit.

"Vivian adalah anak kepada mendiang Steven yang meninggal di mana saya dimaklumkan beliau selalu mengikuti ayah beliau beberapa bulan sebelum pemergian ayahnya.

"Vivian ini adalah calon yang tepat kerana beliau faham keadaan akar umbi dan keadaan tempatan," katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Vaisakhi Peringkat Negeri Selangor di Padang Chetty di sini, malam tadi.

Terdahulu pada Penamaan Calon PRK Parlimen Sandakan semalam menyaksikan pertandingan lima penjuru apabila Vivian bakal ditentang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon Bebas.

Anak bongsu mendiang Stephen itu akan ditentang Naib Presiden PBS yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Sementara itu tiga calon bebas adalah Hamzah Abdullah, Chia Siew Yung dan Sulaiman Abdul Samat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 11 Mei.

Foto Kredit: FB Vivian Wong

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619